Wednesday, April 17, 2013

MA+LU

as salam dan hye malaysia..! harini 18 april 2013 bermakna sudah separuh bulan april aku lalui. sebegitu pantas masa berjalan tanpa menunggu sesiapa sahaja kan baik cepat mahupun lambat.. masa kalau putar macam mana pon semakin harini berganti semakin meningkatlah usia kita dan semakin hampirla kita akan pencipta.. :) alhamdulillah aku berasa syukur atas nikmat yang Allah berikan pada diri aku tidak terhingga rasanya. aku masih lagi diberikan kesempatan untuk merasa udara segar, masih lagi diberikan ruang untuk beribah malah masih lagi diberikan waktu untuk aku terus berubah.. berubah kearah kebaikkan Amin.. kenapa orang selalu pertikaikan perubahan seseorang untuk menjadi lebih baik dari sekarang? adakah xyakin atau cemburi dengan perubahan seseorang.. erm aku pun tidak faham juga apa sebenarnya yang penting semua ketentuan olehNya betol x?.. eh bukan ini yang aku nak berkongsi sebenarnya.. hehehe terlebih suda, sebenarnya ada satu cerita menarik yang aku sendiri terasa nak gelak kuat-kuat hahahaha..
masa aku balik dari office nak ke station LRT de terjumpa dengan pasangan ini, tetiba ada kat belakang aku.. nama pun pasangan sah2 lelaki dan wanita pasangan couple loving2 lorh.. yang menariknya dalam jalan-jalan dari jalanraya sampai ke train aku dengar macam-macam pasangan ni beborak.. yang si lelaki de ckp
 
"parent i selalu bagi duit rm 300 ke 400 tapi i ambik rm100 jea malas nak ambik bnyak2 sebab xtaw nak buat apa"..

hahaha dalam hati aku pun bercakap la yela tu xkan lah duit banyak2 xnak kea memang duit xada saja nak pancing wanita tu kot.. dalam masa yang sama juga wanita tu pulak borak :

"cm parent i aspecially my mum tak bagi i keje.. i mintak keje kat wangsa walk dari 10.00am till 10.00pm my mum ckp keja apa sampai malam.. nak jual badan kea?.. i pun malas la nak keje"

time nie lagi la buat aku geli hati.. bagi aku mana ada ibu akan cakap sebegitu pada seseorang anaknya. tol x? mana mungkin la ibu tidak akan bagi anak dye bekerja sekiranya faham jadual waktu kerja anaknya.. dalam masa yang sama aku pon geli hati nak tergelak kuat-kuat kalau boleh.. tengok akan wajah dan watak nampak seperti dh berusia tetapi boleh berborak sebegitu.. hahahaha MA+LU yang aku nak maksudkan bukan lah malu semata-mata tetapi membawa maksud yang pelbagai.. mana letaknye malu seseorang? inikan dinama muslim.. boleh pasangan ini bercakap seolah-olah mereka boleh berkongsi dan bercakap besar.. ermm entah la kan.. lain orang lain ragam termasuk diri aku sendiri..! sebagai rujukan mari baca sekejap

Malu Sebagai Tanda Harga Diri

Dari segi kehidupan bermasyarakat, perasaan malu itu berkaitan dengan maruah, harga diri dan air mukanya seseorang. Orang yang beroleh malu bermaksud bahawa maruah, harga diri dan air mukanya telah tercemar. Dalam keadaan ini, kedudukan sosialnya telah terjejas dan menjadi rendah. Ketercemaran ini berpunca daripda perlakuannya sendiri dan juga oleh tekanan sosial.

Malu dianggap sebagai tanda harga diri kerana dikatakan seseorang itu dapat merasai maruah dan harga dirinya apabila beliau mempunyai perasaan malu. Sehubungan itu, malu merupakan sesuatu yang sihat bagi orang yang bermaruah kerana perasaan ini sebenarnya dapat mendorong seseorang untuk menjaga maruah dan harga diri.


Bagi mereka yang tidak mempunyai perasaan malu, mereka lazimnya dianggap orang yang tidak tahu harga diri. Pemerian untuk mereka ini ialah “Tidak tahu malu” dan “muka tebal”. Orang yang tidak tahu malu biasanya merupakan kejian orang ramai dalam masyarakat Melayu.


Perasaan malu sebagaimana yang dikaitkan dengan maruah, dan harga diri amat penting dipupuk kepada anggota-anggota masyarakat. Dengan memberi kesedaran mengenai perasaan malu yang ada pada diri seseorang itu boleh menjadi penghalang atau benteng yang penting bagi anggota masyarakat agar tidak melakukan sesuatu yang dianggap menyeleweng.


sampai sini jela perkongsian aku boleh dikongsikan bersama.. bukan mahu mengutuk atau apa sekadar peringat diri supaya menjadi diri sendiri dan boleh perbaiki diri dari perkara seperti yang aku kongsi diatas.. :) ok la korang-korang semua.. peminat blogerzzz, pemangkin blog, penggemar blog, pembaca mahupun menjatuhkan bye..!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...