Wednesday, April 17, 2013

MA+LU

as salam dan hye malaysia..! harini 18 april 2013 bermakna sudah separuh bulan april aku lalui. sebegitu pantas masa berjalan tanpa menunggu sesiapa sahaja kan baik cepat mahupun lambat.. masa kalau putar macam mana pon semakin harini berganti semakin meningkatlah usia kita dan semakin hampirla kita akan pencipta.. :) alhamdulillah aku berasa syukur atas nikmat yang Allah berikan pada diri aku tidak terhingga rasanya. aku masih lagi diberikan kesempatan untuk merasa udara segar, masih lagi diberikan ruang untuk beribah malah masih lagi diberikan waktu untuk aku terus berubah.. berubah kearah kebaikkan Amin.. kenapa orang selalu pertikaikan perubahan seseorang untuk menjadi lebih baik dari sekarang? adakah xyakin atau cemburi dengan perubahan seseorang.. erm aku pun tidak faham juga apa sebenarnya yang penting semua ketentuan olehNya betol x?.. eh bukan ini yang aku nak berkongsi sebenarnya.. hehehe terlebih suda, sebenarnya ada satu cerita menarik yang aku sendiri terasa nak gelak kuat-kuat hahahaha..
masa aku balik dari office nak ke station LRT de terjumpa dengan pasangan ini, tetiba ada kat belakang aku.. nama pun pasangan sah2 lelaki dan wanita pasangan couple loving2 lorh.. yang menariknya dalam jalan-jalan dari jalanraya sampai ke train aku dengar macam-macam pasangan ni beborak.. yang si lelaki de ckp
 
"parent i selalu bagi duit rm 300 ke 400 tapi i ambik rm100 jea malas nak ambik bnyak2 sebab xtaw nak buat apa"..

hahaha dalam hati aku pun bercakap la yela tu xkan lah duit banyak2 xnak kea memang duit xada saja nak pancing wanita tu kot.. dalam masa yang sama juga wanita tu pulak borak :

"cm parent i aspecially my mum tak bagi i keje.. i mintak keje kat wangsa walk dari 10.00am till 10.00pm my mum ckp keja apa sampai malam.. nak jual badan kea?.. i pun malas la nak keje"

time nie lagi la buat aku geli hati.. bagi aku mana ada ibu akan cakap sebegitu pada seseorang anaknya. tol x? mana mungkin la ibu tidak akan bagi anak dye bekerja sekiranya faham jadual waktu kerja anaknya.. dalam masa yang sama aku pon geli hati nak tergelak kuat-kuat kalau boleh.. tengok akan wajah dan watak nampak seperti dh berusia tetapi boleh berborak sebegitu.. hahahaha MA+LU yang aku nak maksudkan bukan lah malu semata-mata tetapi membawa maksud yang pelbagai.. mana letaknye malu seseorang? inikan dinama muslim.. boleh pasangan ini bercakap seolah-olah mereka boleh berkongsi dan bercakap besar.. ermm entah la kan.. lain orang lain ragam termasuk diri aku sendiri..! sebagai rujukan mari baca sekejap

Malu Sebagai Tanda Harga Diri

Dari segi kehidupan bermasyarakat, perasaan malu itu berkaitan dengan maruah, harga diri dan air mukanya seseorang. Orang yang beroleh malu bermaksud bahawa maruah, harga diri dan air mukanya telah tercemar. Dalam keadaan ini, kedudukan sosialnya telah terjejas dan menjadi rendah. Ketercemaran ini berpunca daripda perlakuannya sendiri dan juga oleh tekanan sosial.

Malu dianggap sebagai tanda harga diri kerana dikatakan seseorang itu dapat merasai maruah dan harga dirinya apabila beliau mempunyai perasaan malu. Sehubungan itu, malu merupakan sesuatu yang sihat bagi orang yang bermaruah kerana perasaan ini sebenarnya dapat mendorong seseorang untuk menjaga maruah dan harga diri.


Bagi mereka yang tidak mempunyai perasaan malu, mereka lazimnya dianggap orang yang tidak tahu harga diri. Pemerian untuk mereka ini ialah “Tidak tahu malu” dan “muka tebal”. Orang yang tidak tahu malu biasanya merupakan kejian orang ramai dalam masyarakat Melayu.


Perasaan malu sebagaimana yang dikaitkan dengan maruah, dan harga diri amat penting dipupuk kepada anggota-anggota masyarakat. Dengan memberi kesedaran mengenai perasaan malu yang ada pada diri seseorang itu boleh menjadi penghalang atau benteng yang penting bagi anggota masyarakat agar tidak melakukan sesuatu yang dianggap menyeleweng.


sampai sini jela perkongsian aku boleh dikongsikan bersama.. bukan mahu mengutuk atau apa sekadar peringat diri supaya menjadi diri sendiri dan boleh perbaiki diri dari perkara seperti yang aku kongsi diatas.. :) ok la korang-korang semua.. peminat blogerzzz, pemangkin blog, penggemar blog, pembaca mahupun menjatuhkan bye..!

Thursday, April 11, 2013

MAK CIK OH MAKCIK hahaha

as salam dan salam jumaat moga barakah.. hye semua pengemar n peminat setia blog a.k.a blogersszz..! harap korang dalam keadaan sihat dan gembira selalu yea.. hehehe dalam diam sudah lebih tiga bulan aku menjalani latihan industri.. sekejap jea masa berjalan kan.. tp bukan ini yang aku mahu kongsikan untuk kali ini.. ada cerita seorang makcik yang aku baru kenal di busstop wangsa walk semalam.. macam biasalah kol 5.30pm aku akan keluar office then akan melalui wangsa walk mall sebelum terus ke bus sto 2.. dah penat berpusing di mall yang sudah tiap2 hari masuk terasa macam bosan plak kalau duduk lama dalam 2.. aku pun terus kea bus stop dimana tempat biasa akan menunggu sahabat aku (aslam) untuk balik. selepas 5 minit aku duduk ke bus stop 2 datang seorang makcik tua.. dye buka pintu teksi dari teksi awak sehingga teksi didepan aq semua xnak hantar dye ke ampang point. kesian tengok makcik 2.. jadi aku pon tegur boleh borak aku tnya duduk mana, keje mana.. kemana lah perasaan kesian terhadap orang tua? sampai semua teksi dye tahan mintak nk g ampang pont hampir semua tolak xnak pergi sampai satu tahap dye ada keluarkan ayat "macam mana nak balik nie kalau semua xnak hantar" kesian nye.. jauh dari lubuk hati aku bercakap.. kalau lah aku mempunyai aset mungkin aku akan hantar dye tapi apa kan daya aku hanya insan biasa sederhana hanya menumpang sahaja.. nasib baik last2 ada teksi boleh hantar dye pon sempai ckp "nak balik dlu yea".. mak cik oh mak cik.. tp kalau tengok gelagat dye boleh tersenyum jugak dalam masa tahan teksi sempat lagi letak LIPSTIK kt bibir.. ko rasa macam mana? hehe..

5minit kemudian..
aslam sampai ada pula cerita baru.. kucing kene langgar! kesian tengok kucing 2 nasib baik ada yang rasa tanggungjwab berhenti kereta di tengah2 jalan semata-mata mahu alihkan kucing tersebut.. mulia sungguh hati wanita tersebut.. aku hanya dapat melihat dari jauh sahaja 30m jea pun lagi pun jalan jam masa 2.. walau macam mana pun ini adalah takdir.. yea yang sudah ditetapkan.. sekiranya kita mahukan terbaik Allah pastikan menghantar dan menguji perkara yang terbaik buat kita.. itu semua Rahsia Allah..

bercakap pula mengenai rahsia.. teringin plak nak jumpa and naik teksi pakcik berjubah putih, berkopiah dan teksi berbau pandan.. sangat tenang.. aku rasakan pagi 2 berbeza dari pagi sebelumnya.. tak tahu kenapa tapi yang aku boleh ckp memang berbeza dan pelik.. tambang hanya bayar rm2.00.. kalau ada rezekiaku nak berjumpa skali lagi dan bagi balik baki tambang aku in sha Allah.. ok la blogerzzz semua.. nnatiaku kongsi cerita lain k.. bye..!

Tuesday, April 2, 2013

bahasa bahaso bahso..

hye semua...! diam dalam diam sudah pon masuk bulan 4 bagi tahun 2013.. begitu pantas sahaja masa berlalu.. tetibe terasa rindu plak nak menjenguk page blog aku nie.. tah dah bersawang barangkali dah lama tak update cerita.. hehehehe
sekarang aku sudah masuk ke gerbang praktikal atau intern di satu syarikat penerbitan novel yang agak terkenal n membangga di malaysia. sebagai pelatih rekaan graphic bagi cover novel yang akan dikeluarkan.. kalau diceritakan bab seronok, siapa kata xseronok kalau dapat bekerja dibawah bumbung syarikat yang agak bagus. macam-macam aku pelajari dari segi langganan, editorial (edit bahasa novel) dan promosi.. syokk ow..! Allah memberikan aku ruang untuk menjalani latihan disini cukup aku bersyukur dan ini merupakan kenangan yang amat bermakna buat diri aku.
berbalik pada "bahasa, bahaso, bahso".. hahahaha saja jea update tajuk camnie.. tapi kalau ditegokkan masyarakat kita masa kini tambahan pula remaja yang moden skrg banyak mengunakan bahasa ROJAK atau bahasa kesat.. kadang aku pon menggunakan bahasa itu jugak, takut dikatakan KUNO atau ketinggalan zaman.. walaubagaimana pun itu semua sebagai peredaran zaman dan pasti semua merasainya.. tapi tidak sama seperti seorang manusia nie yang berpendidikan tinggi dan patut disanjung namun sayang semua itu hilang hanya disebabkan BAHASA.. sedeyh! seorang pendidikan, guru tapi gambaran itu pudar cm 2 sahaja.. pada kau cara sebegitu tidak sesuai bagi posisinya sekarang bagaimana mahu respect jika kehendak untuk dibenci di tunjukkan sendiri..
situasi pertama : lelaki : hye
                         B : pe hey2.. (cewah2) nak taw something x?
                         lelaki : boleh kalau nk bgtaw
                         B : sejak korang xde, tempat ini menjadi lebih meriah.. happy giler
                         lelaki : giler xhappy, kami pon happy giler bila berada tidak berada disana..

situasi kedua : helo, project uall xbest napa xnk support project org lain?
                     Lelaki : hello selama ini de dorg support kami?

makin tidak faham dengan pemikiran skrg nie.. hahahahha hopefully aku tidak akn jdi cmnie..
btw, thanks sbb membaca pada yang membaca.. ini bukanlah satu sharuttan atau kutukan.. just hanya pandangan aku insan biasa juga.. bye
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...